Thursday, May 5, 2011

PENGHARGAAN

ucapan ribuan terima kasih saya tujukan buat pensyarah bagi subjek pengenalan sinografi kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjan pembelajaran. beliau ialah En Nor Afifi bin Taib kerana telah banyak bersabar dalam melayani karenah saya sepenjang pembelajaran. ribuan kemaafan saya hulurkan seandainya saya banyak melakukan dosa sepanjang tempoh pembelajaran saya bersama beliau. beliau merupakan seorang pensyarah yang amat kreatif dalam memberikan idea-idea sepanjang pembelajaran kami. Gaya pengajaran yang baik dan mudah untuk difahami. sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih saya kepada beliau.

kepada rakan-rakan juga ucapan terima kasih saya rakamkan buat anda semua kerana turut terbabit secara tidak langsung dalam pembikinana blog mata pelajaran Sinografi ini.

akhir kata dari saya  "ILMU, AMAL, JAYA'

TERIMA KASIH
DAUN KELADI

Monday, April 25, 2011

FINAL PROJECT.

       untuk projek akhir kami ditugaskan untuk merancanakan satu projek sebagai seorang sinografi. kami ditugaskan untuk memilih konsep dan tema yang sesuai untuk naskah yang akan dipentaskan. terlebih dahulu kami disuruh untuk mencari sebuah naskah yang sesuai untuk dipentaskan. oleh yang demikian saya telah memilih sebuah naskah teater yang bertajuk ' Protes' hasil karya Dinsman.
 
contoh poster "Protes"
menggunakan perisian "adope photoshop"

TEMA:
 tema yang menjadi pilihan saya ialah 'Agles' (Bidadari)
Ia juga amat berkaitan dengan fantasi dimana tema ini kebiasaannya kita sering lihat melalui filem. namun kali ini iakan diiterpetrasikan dalam bentuk teater.

sumber idea daripada foto-foto (google.image.com)





make up untuk para pelakon (wanita) yang ada sedikit unsur fantasi untuk menampakkan lagi tema "Angels" itu.



stage yang banyak menggunakan elemen cermin-cermin dan membunyai satu penjanaan yang membolehkan pelakon terbang. Namun sesekali pelakon-pelakon itu akan turun ke bumi (lantai stage) untuk belakon

 contoh costume : Pelakon wanita


lighting red lighting.

Lighting hanya menggunakan warna merah, dan kuning sahaja
MERAH
Maksud positif : berani
Maksud negetif: kejahatan, PROTES



Monday, March 14, 2011

kepentingan silhouette

Kepentingan silhouette. (the important if silhouette)
            Pada minggu ini tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami ialah mencari (search in internet) kepentingan silhouette. Sebelum saya meneruskan penulisan ini, terlebih dahulu saya ingin memberikan apakah maksud silhouette.
Maksud silhouette
·                                 Adalah pandangan dari satu objek atau adegan yang terdiri hanya dari satu ‘outline’ dan rekaan dalaman yang berbentuk masa hadapan (featureless interior). Fungsi silhouette ialah untuk memberikan detail kepada sesuatu gambar atau rekaan.

·         Biasanya silhouette ialah satu objek yang berwarna hitam.
# ayuh kita sama-sama lihat kepentingan silhouette dalam bidang rekaan busana (costume)
# terdapat pelbagai kepentingan silhouette dalam rekaan busana ini.

Silhouette atau bayangan hitam ini sentiasa digunakan oleh setiap pereka untuk menampakkan satu rekaanyang agak luar biasa   dan lain dari yang lain (khas untuk featureless interior).
Silhouette juga dapat memberikan gambaran yang tepat pada rekaan pakaian atau costume (http://www.ehow.com/list_6196110_costume-design-drawing-ideas.html). Namun silhouette ini berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Ia berubah mengikut berubahan zaman. Oleh yang demikian ia sememangnya amat penting untuk memamaparkan sesebuah rekaan busana. Silhouette ini juga berubahan mengikut perkembangan atau era fashion dunia.
Silhouette juga sebenarnya adalah satu visual garisan jisim,  komposisi, ruangan, warna dan tekstur. Silhouette juga sebenarnya sebuah perancangan elemen rekaan bentuk. Ia juga berganttung kepada keinginan setiap pereka busana itu. Elemen penting dalam rekaan busana ialah silhouette dimana ia menggabungkan garisan dan jisim sesuatu rekaan yang ingin direka.
Silhouette juga merupakan salah satu cara yang terpantas untuk menentukan dan mengenal pasti tempoh satu-satu rekaan busana (costume). Ia juga dapat memberikan satu mutu rekaan busana yang sempurna dan cantik apabila sesuatu busana siap dijahit.
Silhouette juga dapat menunjukkan bahagiaan rekaan busana yang tersembunyi atau dipaparkan oleh pakaian. Disini ia bermaksud silgouette ini dapat membantu untuk menunjukkan bahagian yang tersembunyi seperti garisan-garisan tersembunyi pada busana yang direka oleh designer.
      Silhouette juga penting untuk menunjukkan cara memotong satu-satu jaket (coat) terutamanya jaket perempuan.

Pada masa ini silhouette dapat dilihat pada wanita yang berani menggayakan busana yang bersifat featureless interior. Contohnya wanita yang cuba menggayakan baju dengan skirt pendek dalam meghasilkan rekaan tersebut silhouette telah digunakan untuk memudahkan segala urusan rekaan.  

# silhouette juga sebenarnya banyak memebantu para photographer  untuk menghasilkan Sebuah gambar yang bermutu.


            # ramai dalam kalangan photographer yang menggunakan teknik ini.
            Dalam photography silhouette bererti objek backlit dan muncul gelap dengan latar belakang yang lebih ringan.  Kebiasaanya hal ini terjadi di sekitar matahari terbenam dan terbit dan ia menjadi objek backlit.
            Kepentingan yang pertama adalah untuk memperlihatkan bayangan pada gambar yang ditangkap oleh mereka. Kebiasanya untuk mereka atau mencipta gambar yang bersifat future khas untuk tujuan pameran.
             # Selain itu silhouette juga digunakan untuk lukisan.

            Silhouette dalam lukisan biasanya digunakan untuk membuat satu bayangan pokok orang atau rumah. Dan latar belakangan lukisan tersebut tampak lebih ringan gambar itu akan kelihatan lebih gelap jika tidak benar-benar hitam.
kesimpulanya jelaslah silhouette amat penting dalam semua bidang terutamanya dalam bidang rekaan busana, photography dan lukisan.  Buktinya, ramai dalam kalangan designer yang menggunakan kaedah ini.
rujukan:-

*http://query.nytimes.com
*http://www.ehow.com/list_6196110_costume-design-drawing-ideas.html
*http://www.geneseo.edu/~blood/CostumeDesign1.html
*google. image 


Monday, March 7, 2011

the differences between representation and presentation.


All right today I will discuss to you all about the differences between representation and presentation.
 By the way I would like to give the meaning between representation and presentation
Representation:
·         the action of speaking or acting of behalf of someone or the state of being represented.
·         the depiction or portrayal of someone or something in a picture, on stage or in a work of art. 
·         the thing esp. a picture or a model that depicts a likeness of someone or something
Presentation:
·         the proffering or giving of something to someone, esp. in a formal ceremony.
·         the manner or style in which something is given, offered or displayed.
·         a formal introduction of someone.
·         a demonstration or display of a product or an idea.
·         an exhibition or theatrical performance

First is how that thing present

Representational set design  
Presentational set design
a.       With imagine what we want do it
With sketch a stage what we imagine
a.       Usually just discuss each other
           Use a computer 

Saturday, February 19, 2011

tugasan terbaru!!

pada minggu ini penulis diberikan tugasan terbaru iaitu menonton atau menyaksikan apa-apa sahaja filem atau teater kemudian cari konflik yang terdapat dalam filem atau teater tersebut.




penulis telah mencari jenis-jenis konflik tersebut
terdapat  6 konflik iaitu:-


* 1.2 Person vs. Person
* 1.3 Person vs. Society 
* 1.4 Person vs. Nature/Environment (Hurricanes, tornado)
* 1.5 Person vs. Supernatural (ghosts, etc.)
* 1.6 Person vs. Machine/Technology



penulis memilih untuk mengkaji koflik yang terdapat dalam filem Niyang Rapik. tugasan kali ini penulis akan membuat kajian secara berkumpulan bersama fatinidayu

Monday, February 7, 2011

GENRE TEATER

Genre teater
Kali ini penulis akan berkongsi sedikit sebanyak tentang genre yang biasa digunakan dalam pementasan teater. Terdapat lima genre yang terdapat dalam pementasan teater selain komedi dan drama antara genre tersebut ialah:-
I)                   NAUTAKI
II)                PANTOMINE
III)             COMMEDIA DELL’ARTE
IV)             PHSYCAL THEATRE
V)                POOR THEATRE.
Penulis akan jelaskan satu persatu.

I)                   NAUTAKI.
Nautaki merupakan sebuah genre teater yang dimulakan di India. Genre nautaki ini sepertimana yang kita dapat lihat didalam cerita-cerita bolywood yakni ia berkisar tentang muzikal atau lebih dikenali sebagai unsur nyayian yang diselitkan dalam pementasan teater atau lebih senang ia dipanggil sebagai teater muzikal dengan genrenya yang tersendiri. Ia biasanya dipersembahkan dikampung-kampung. Pada awal kemunculan genre ini ia dimulakan di selatan india.


II)                PENTOMINE
Pentomine berasal daripada perkataan greek iaitu pantamimos atau pantomimic. Ia merupakan sebuah teater yang dibersembahkan dengan menggunakan kaedah miming ( gerak mulut). Pelakon hanya akan menggerakkan mulut mengikut diolog yang akan dibaca atau dipersembahkan daripada pelakon lain (dengan kata lain pelakon belakang tabir).

III)             COMMEDIA DELL’ARTE
Genre teater ini dimulakan di itali pada tahun 1560. Commedia dell’arte berasal daripada perkataan itali yang bermaksud ‘comedy of art’ (commedia dell'arte all'improviso) iaitu teater yang berasakan komodi tetapi tiada skrip yang ditulis dengan baik sebaliknya ia menggunakan teknik improvisasi. Pelopor yang paling popular yang menaikkan genre ini ialah Roberto Tessari dan Ferdinando Taviani.

IV)             PHYSICAL THEATRE
Fizikal teater menjelaskan cara persembahan teater mengikut jalan cerita yang ditetapkan atau mengikut fahaman saya ianya satu persembahan teater yang nyata . selain itu ia juga sebenarnya satu persembahan teater yang natural.

V)                POOR THEATRE
Poor theatre ialah satu teater yang bukanya berkisar tentang kehidupan masyarakat yang miskin. Tetapi ia adalah tentang (bajet), kos yang ditanggung oleh produksi yang rendah. Namun kebanyakkannya teater jenis ini lebih bermutu dari segi persembahannya walaupun bajet yang digunakan adalah rendah. Dan tidak semestinya poor teater tidak Berjaya memikat hati para penonton.

(sumber: Wikipedia.com)




STAGE :)


_________________________________________________________
Ini merupakan lakaran latar arena stage, melalui lakaran latar tersebut jelas para membaca boleh mengagak bahawa bentuk sebenar arena stage ini bersegi empat tepat dimana ruang lakon (stage), berada ditengah-tengah manakal penonton (audience) berada disetiap ruang segi empat tersebut.
disini penulis memasukkan gambar sebenar arena stage (sumber: goggle image)
ARENA STAGE
_________________________________________________________


proscenium merupakan salah satu pentas yang diadaptasikan dari sejarah seni greek. melalui gambar latar yang diberikan penulis dibawah kita mendapati ia merupakan pentas yang berada ditengah-tengah dan audience berada dihadapan pentas dan tempat duduk audience adalah bertingkat-tingkat.


latar


( sumber : google image)

Saturday, January 22, 2011

prinsip dan unsur dalam sinografi.

1)      Space/place
2)      Time/duration
Set
Set
Light
Costume
Sound
Light
costume
sound



     1     Ruang atau tempat:
Perkara yang perlu diutamakan adalah set kerna untuk membina atau mencipta set ia mengambil masa yang agak lama sinografer harus memikirkan cara dan dimana set tersebut sesuai dibina. Hal ini demikian set menjadi perkara yang utama yang harus difikirkan. Seterusnya lighting. Lighting juga amat penting tetapi sebelum memasukkan unsur lighting dalam sesuatu perkara set haruslah dibina terlebih dahulu. Baharulah lighting boleh dipasang pada set tersebut. Unsure yang ketiga ialah sound setelah set dan lighting di pasang atau siap dipasang pemilihan sound yang sesuai pada pesrsekitaran, ruang, tempat dan situasi haruslah dibuat. Dan unsur yang terakhir ialah costume menjadi perkara yang terakhir dalam prinsip sinografi untuk ruang dan tempat. Hal ini kerana ia kebiasanya sudah disiapkan sebelum sesuatu show/persembahan dilakukan.

2)      Masa dan durasi
Perkara yang paling diutmakan ialah set, set bukan sesuatu perkara yang remeh dan ia harus dibangunkan dengan masa yang cepat dan mestilah selamat. Masa untuk membagunkan set adalahmengambil masa yang agak lama. Seterusnya mencari dan mencipta costume haruslah dilakukan dalam masa yang cepat agar tidak timbul masalah pada hari persembahan akan berlangsung. Unsure ketiga pula ialah lighting memasang atau menyipakan lighting sebenarnya mengambil masa yang agak lama tetapi sekirannya ia dilakukan secara professional masa untuk memasukkan unsure lighting adalah cepat sebenarnya. Dan unsure yang terakhir ialah sound masa untuk memasukkan unsure sound adalah cepat dan mengambil masa yang singkat sahaja.

Monday, January 17, 2011




Robert Wilson
Gordon Craig


josef svoboda

Sinografi

            Sinografi merupakan satu elemen yang penting dalam pembikinan sesebuah teater,filem atau drama. Sinografi dalam kamus dewan dierti sebagai satu seni mencipta persekitaran,tempat yang dingunakan untuk membuat persembahan, pakaian(costume), bunyi, pencahayaan dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang seni tersebut. Melalui maklumat yang penulis peroleh melalui laman web sinografi sebenarnya berasal daripada perkataan Greek iaitu scene bermaksud ‘stage” + gra’fo yang bermaksud untuk penulisan atau untuk menjelaskan. Manakala dalam bahasa latin pula scaenographia atau  sce-nog’ra-phy.
            Antara nama-nama besar yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang sinografi ini ialah Cordon  Craig, Adolphe Appia, Joseph Svoboda dan Robert Wilson. Mereka ini telah banyak menyumbangkan idea dalam bidang sinografi. Mereka telah dianggap sebagai pelopor dalam bidang ini. Banyak idea mereka diguna pakai oleh para pelopor bidang sinografi pada abad sekarang. Contoh-contoh dan hasil kerja mereka amat berkualiti dan mampu memberikan kesan  yang terbaik kepada setiap produksi yang ingin dan akan dilaksanakan pada masa ini.
            Individu yang pertama yang banyak memberikan sumbangan dalam sinografi ialah Gordon Craig, sedikit latar belakang beliau , dilahirkan pada 16 januari 1872 di England , merupakan seorang pelakaon British, pereka pentas dan pelopor drama-drama pada masa itu. Gordon craig merupakan anak kepada pasangan Ellen Terry dan  Edward William Godwin. Ibu beliau merupakan seorang pelakon dan bapanya seorang arkitek yang berjaya dan terkenal dalam bidang masing-masing. Gordon Craig merupakan seorang yang sangat teliti dalam bidang kerjanya. Gordon Craig meninggal dunia pada tahun 1966 usia beliau ketika itu ialah 94 tahun
            Keistimewaan yang ada pada beliau adalah seorang yang kreatif dan mempunyai idea-idea yang bernas dan sesuai dengan jalan cerita yang dibangunkan khususnya dalam bidang teater. Menggunakan idea yang natural merupakan salah satu kelebihan beliau. Idea secara mobil (bergerak) turut digunakan dalam hasil kerja beliau selain beliau tidak mempersembahakan skrin sebagai salah satu peranti pentas. Pada tahun 1910 Gordon memberi satu cadangan kepada  William Butler Yeats untuk digunakan di Abbey Theater, beliau mengajukan cadangan berikut “patent which described in considerable technical detail a system of hinged and fixed flats that could be quickly arranged to cater for both internal and external scenes.”(http://www.answers.com, jan, 2011).
          Beliau juga sebenarnya seorang pelakon yang hebat. Namun, karier beliau sebagai seorang pelakon telah ditamatkan pada usianya mencecah dua puluh lima tahun.  Pada awal 1983 merupakan tahun dimana beliau memulakan kerja-kerja berkaitan dengan sinografi. Beliau telah menunjukkan bakat dengan bereksperimen tentang muzik dan ukiran kayu dengan mempertahankan bentuk yang lebih dominan dan berjisim. Gordon Craig juga percaya bahawa seni merupakan satu eksperimen yang terbaik dan bukan hanya imitasi semata-mata.
            Kerjaya beliau sebagai pengarah bermula apabila beliau mengarah filem yang bertajuk No Trifling with Love pada tahun 1893. Disitulah hasil sinografi beliau terselah apabila beliau mencipta sendiri. Dalam karya arahan beliau ini, pencahayaan telah diperkenalakan dan sekaligus satu inovasi dalam bentuk pencahayaan telah berlaku. Jangan terkejuk apabila beliau juga bertindak sebagai pereka tari dalam ‘No Trifling with Love’ itu. Jelas kreativi yang ditonjolkan oleh beliau amat bagus dan ia menjadi contoh kepada pengiat seni pada masa ini.
            Beliau juga banyak bekerjasama dengan penggiat-penggiat teater yang lain. Koloblarisi tersebut lebih tearah kapada bidang kerja sinografi. Antara individu yang banyak bekerja sama dengan beliau ialah  Otto Brahm, Max Reinhardt, dan Eleanora Duse. Salah satu hasil kerja beliau yang popular adalah Hamlet (1912) beliau berkerjasam dengan Stanislavsky, melalui hasil kerja tersebut beliau dikatakan seorang pengarah yang berjaya pada abad ke-20.
          Antara sumbangan lain belia ialah dalam bidang penulisan skrip teater. Kebanyakkan hasil kerja yang dihasilkan oleh beliau adalah secara tidak ilmiah tetapi berguna. Hasil tulisan beliau yang paling berjaya ialah theater journal The Page; in 1908 The Mask bermula pada tahun 1898 sehingga 1992 journal tersebut dikeluarkan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hasil-hasil kerja beliau merupakan satu sumbangan yang amat berguna kapada penggiat seni pada masa ini. Naskah-naskah dan tulisannya dijadikan sebagai bahan rujukan.


            Tokoh yang kedua yang memberi sumbangan dalam bidang sinografi ialah Adolphe Appia, beliau dilahirkan pada tahun 1862 di Ganeva, Switzerland. Beliau merupakan anak kepada doktor Louis Paul Amedee Appia, ibu beliau Anna meninggal dunia ketika beliau berusia 24 tahun. Adolphe Appia merupakan pelopor dalam bidang sinografi yang mengembangkan teori pementasan, penggunaan ruang, pencahayaan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam pereka pentas moden. Adolphe Appia meninggal dunia pada 29 februari 1928.
            Ayah beliau merupakan seorang individu yang yang tegas dan melarang anak-anaknya terlibat dalam bidang seni. Oleh yang demikian, ia menyebabkan Adolphe Appia menyendiri dan tidak berkeyankinan dan menjadi gugup apabila berhadapan dengan orang ramai. Dia menjadi seorang yang pendiam akibat kokongan daripada ayah beliau. Tetapi akibat terlalu cintakan bidang teater dia mengambil keputusan dan meminta izin daripada ayahnya untuk belajar muzik. Beliau sebenarnya amat berminat dan berkecenderungan dalam bidang teater.
            Beliau amat berminat dengan opera Wagnern dan tentang teari pementasan opera tersebut. Namun, beliau tidak menyukai gaya pentas procerium kostum yang rumit dan props yang dicat. Setelah menjalani proses pembelajaran opera yang lama beliau telah menyipulkan beberapa aspek yang menjadi satu sumbangan terawal beliau dalam visual di atas pentas. Kandungan tersebut ialah elemen visual dalam sesuatu pementasan ialah terdapat perpecahan pada visual iaitu gegaran berdasarkan gerak geri pelakon, lantai yang berada dalam keadaan horizontal dan pelbagai lagi. Beliau berpendapat melalui teorinya bahawa pemandangan mesti digantikan dengan langkah-langkah,landai,pentas dan tirai serta pergerakkan pelakon secara melintang dipergunakan dalam setiap persembahan.
            Melalui bidang muzik pula Adolphe Appia banyak belajar skor muzik dengan Emile Jacques-Dalcroze. Beliau juga bekerja dengan Emile Jacques. Ketika bekerja dengan Emilie Adolphe Appia telah membuat satu teori mengenai muzik iaitu “teks atau skrip memainkan peranan dalam pergerakkan yang dilakukan oleh setiap pelakon”.(http://www.answers.com), jan 2011. Sepanjang hidupnya Adolphe Appia menghasilkan sketsa dan banyak menulis buku-buku dan esei-esei tentang teori-teori tersebut. Tokoh-tokoh lain sepert Gordon Craig dan Jacques copeau menyatakan bahawa Adolphe Appia seorang yang bijak dalam menghasilkan teori-teori dalam sinografi.

            Tokoh yang ketiga yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang sinografi ialah Robert Wilson. Sedikit bioadata beliau penulis sertakan disini. Beliau dilahirkan di Texas, merupakan anak kepada seorang peguam. Robert mempelajari tentang bidang pernigaan di Texas manakala beliau juga mempelajari bidang reka bentuk di Brooklyn's Pratt Institute.
            Merupakan pelopor dalam menghasilkan karya-karya yang bercorak avant-gard. Iatu sesuatu hasil kerja yang pelik dan sukar untuk difahami. Ramai penggiat seni pada masa ini menjadi Robert Wilson sebagai contoh yang paling tepat dalam menghasilkan karya-karya dalam bentuk avant-gard ini. Selalu karya beliau agak panjang dan sukar untuk difahami. Cantoh; “Stalin ran twelve hours and KA MOUNTAIN lasted one week nonstop”. (http://www.answers.com, jan, 2011). Sumbangan yang besar yang telah diberikan oleh beliau ialah banyak menghasilkan sinografi dengan menggabungkan semua elemen-elemen seperti lakon,tarian dan konsep yang selalu digunakan ialah kesan halusinasi atau eksperimental.
            Selain itu, beliau juga memperluas teori surealisme bidang kajian beliau ialah tentang pengguaan ruang dan waktu khususnya dalam persembahan teater, kebiasanya Robert Wilson bekerjasama dengan pengiat-pengiat seni yang lain. Antara karya yang popular yang dihasilkan oleh beliau ialah  the five-hour Einstein on the Beach (1976, rev. 1984), a collaboration with Philip Glass and his best-known work; the day-long Civil Wars (1984), with Glass dan David Byrn.
            Tokoh yang keempat yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang sinografi ialah Josef Svoboda. Latar belakang beliau ialah, dilahirkan di republik crech. Mula terlibat dengan bidang teater pada ahkir perang dunia kedua. Beliau digelar sebagai seniman Crech yang indah atas sumbangan beliau dalam bidang sinografi.
            Josef Svoboda bertanggujawab memperkenalkan sinografi dengan menghasilkan pelbagai bentuk dan kesan khas dan berbeza dengan tokoh-tokoh yang telah penulis nyatakan diatas. Sebagai contoh, pada tahun 1967 beliau telah mencipta satu desing sebuah tiang tiga dimensi ia dibuat menggunakan aerosol dan voltan-voltan rendah. Selain itu beliau menganggap beliau sebagai seorang sinografi dan bukan pereka cipta walau hakikatnya beliau banyak menghasilkan desing-desing yang menarik. Beliau banyak member sumbangan sinografinya dalam beberapa buah filem dan teater antaranya ialah  Insect Comedy (Czech National Theatre, 1946); Rusalka (Teatro La Fenice, Venice, 1958); Carmen (Metropolitan Opera, New York City, 1972); The Firebird (Royal Danish Theatre, Copenhagen, 1972); I Vespri Siliciani (Metropolitan Opera, 1974); Jumpers (Kennedy Center, 1974).
            Kesimpulannya, sumbangan yang telah diberikan oleh kempat-empat tokoh ini telah mengubah persfektif orang ramai tentang kehalusan hasil0hasil sinografi dan kepentinganya dalam sesuatu persembahan teater atau pembikinan sesebuah filem atau drama. Tanpa keempat-empat tokoh tersebut penulis berasa kita akan terus berada dalam satu lingkungan yang dianggap tidak maju khususnya dalam bidang kreatif termasuk dalam penghasilan karya-karya seperti teater, drama dan filem. Hasil kerja yang di tonjolkan mereka amat baik dan berkualiti dan mampu dijadikan contoh kepada pengiat seni (sinografer) di Malaysia amnya.
Adolphe Appia

rujukan
1. answer.com